Monday, February 4, 2013

Persekitaran Lestari BPO

Disember  2011 telah dilancarkan "Sudut Lestari" BPO, dimana kearah pelestarian UTM. ianya telah dilancarkan oleh En. Abdul Jalel bin Ahmad selaku Ketua Jabatan . Sambutan menggalakkan dari semua staf dan lebih lestari kearah penjimatan kos dan inovasi staf terhadap  Amalan 5S.
semasa dilancarkan Kotak Lestari
Inilah hasilnya inovasi oleh staf agar peti sebut harga yang tidak digunakan lagi,dijadikan salah satu tempat penyimpanan bahan buangan komputer/bateri rosak yang boleh dikitar semula.
Ini jugak kotak kertas terpakai yang akan dibunag telah diasingkan,mengikut kategori, agar mudah membezakan kertas yang boleh dikitar semula. Ianya mengelakkan pembaziran kertas. Hasilnya kertas terpakai boleh digunakan untuk kertas deraf juga mendatangkan sumber kewangan sekiranya ianya boleh dijual. Staf lebih berhemah dan menghormati alam sekitar." Green Office".
Sudut Kualiti Pejabat Kami, memuatkan segala maklumat berkenaan 5S

Sunday, December 30, 2012

Amalan 5S

APAKAH 5S


SEIRI/SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja atau membuangkannya.
SEITON/SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil dan digunakan.
SEISO/SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai , mesin dan perkakas.
SEIKETSU/SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
SHITSUKE/SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.