Tuesday, March 5, 2013

Dulu dan Kini

Masa dulu kita mengemas meja dan persekitaran tempat kerja mengikut kehendak dan keperluan sendiri, itu dulu-dulu...kini kita berubah mengikut cara yang lebih mudah lagi praktik ...
Sebelum dan Selepas 5S BPO - Perubahan yang ketara







Sunday, February 24, 2013

Kebersihan

"Dari Abi Malik 'Ash'ari berkata: Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam: Kebersihan itu sebahagian daripada iman" (Riwayat Al-Imam Muslim)


Dalam Islam menjaga kebersihan dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan kerana ia berkait rapat dengan menjaga kesihatan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Islam amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat  Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:
            Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.(Riwayat Muslim)
  
Oleh itu sama-sama kita mengamalkan kebersihan dan persekitaran yang kondusif agar nilai-nilai murni dapat diterapkan di organisasi itu sendiri. 

Bengkel/Kursus ke Arah Persijilan 5S

Penceramah MPC yang dilantik untuk memberi tunjuk ajar berkenaan standard 5S
Pra Bengkel Garispanduan 5S Pejabat Pendaftar

Wednesday, February 6, 2013

5S BPO


POLISI AMALAN 5S BPO
Meningkatkan Kepuasan Dan Produktiviti Bahagian Dengan Persekitaran Yang Kondusif Melalui Kejayaan Perlaksanaan amalan 5S dan penambahbaikan Berterusan

Zon Terbaik 5S

Amalan yang diterapkan kepada kami 5S membuahkan hasilnya
 
Terimakasih kepada semua teman-teman kerana memberi kerjasama terhadap amalan 5S. Sama-sama membantu menjadikan 5S ini satu ibadah.Persekitaran bertambah cantik dan selesa .
 Kotak lestari
 
 Inilah pejabat kami setelah 5s diamalkan.Kerana inilah zon kami dapat zon terbaik..la.

Pemenang-pemenangnya dari zon kami (Bakawali)
Zon Terbaik BAKAWALI
Ruang Kerja terbaik BPO - Pn. Noraliza binti Tasiran
Stor Terbaik BPO

lawatan 5S

Salah satu cara untuk memantapkan program 5S , kami berpeluang untuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang ada dipilih untuk program 5S . Dimana pemilihan tempat ini adalah berdasarkan pengiktirafan 5S dan anugerah yang diperolehi, latarbelakang dan kejayaan.BPO juga membuat lawatan internal untuk dalaman dan luaran.
Foto-foto sekitar lawatan kami ke HCM Pejabat Pendaftar pada 6.2.2013.Banyak manfaat yang kami dapat dan bertukar- tukar pendapat berkenaan 5S

Tuesday, February 5, 2013

Audit Silang 5S

Audit silang 5S telah diadakan pada 21.1.2013 di seluruh Pejabat Pendaftar. Semua Unit Pendaftar terutama AJK yang telah mengikuti Kursus Audit 5S telah membuat audit silang bagi tujuan mempraktikan audit mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh MPC. Merka terdiri dari semua unit berlainan yang cuba mengaudit dibahagian lain. Bertukar-tukar pendapat dan teguran yang membina bagi penambahbaikan.
.
Hasil Auditor BPO ke BPA
Auditor BPO yang ditugaskan ke BPA
 Para auditor dari BPO yang dilantik
 Ini pula Auditor dari BPA mengaudit BPO kira silang la tu..